Sunday, 24 February 2013

Edisi Menjahit Cadar Baby

Entry kali ni pasal set cadar baby..another preparation for my little caliph.Actually kain untuk cadar ni dah lama beli, lebih kurang dlm 2 minggu lepas.Pi beli dengan En.Hubby la dekat kamdar masa dia balik bercuti 9 hari tu.penat jugak nak pilih kain untuk buat cadar baby ni.hampir 2 jam kot dalam Kamdar Bkt Mertajam..Pilih punya pilih, warna biru + kain jalur- jalur jadi pilihan hati..:) Yang excitednya bila belajar potong dasar nak buat cadar,then baru potong kain untuk cadar tu. Ni mak yang ajar (sifu dalam bab jahit menjahit sbb dulu mak ambik upah menjahit ). Before buat dasar tu bermacam- macam idea la keluar untuk buat pattern yang cantik (nk tgk hasilnya kena tunggu next entry ye)..hehehe Masa dok tengah potong kain ni, mula la berangan nak ambik upah menjahit set cadar baby (custom made)..hehe..sebab rasa macam senang je kan.Nnt kalau ada yang nak tempah boleh la ye..tpi kena tunggu lepas I bersalin la..ahaksss..sebab ni homemade lagi tu..(tapi ada ke yang nk tempah) Proses- proses membuat dasar,reka design cadar..last skali gunting kain untuk jadikan set cadar yang cantik..:). So, tggu bila free plak baru la sambung jahit cadar ni..

Monday, 11 February 2013

9 HARI YANG BAHAGIA

Sayu hati ni saat melambaikan tangan perpisahan buat hubby tercinta..Setelah 9 hari kemana- mana pun ditemani en.hubby..harini dh keseorangan.En.hubby start oustation daripada 3/2- 11/2 di kawasan Seberang Prai Tengah & Utara (+ dengan bercuti sekali la), so dikesempatan ni la kami ada peluang stay bersama- sama. Lagipun sepanjang aku mengandung ni, belum pernah lagi kami habiskan masa bersama dengan bercuti panjang...

Dalam masa 9 hari ni la banyak aktiviti yang kami lakukan...salah satunya pi shopping barang- barang baby.Gara- gara banyak sangat berjalan- jalan, spai sakit kaki..terus jalan pun semput & terhenjut- henjut.Untung masa ni En. Hubby ada, dia jugak la yang jadi tukang urut...hehehe...

Bagi orang- orang yang PJJ macam kami ni, setiap masa tu amat berharga.kalau boleh nak berkepit 24 jam...rasa bahagia sangat dan susah nak diluahkan dengan kata- kata..Mungkin itu lah kemanisan PJJ dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui asbabnya...:)

Jadi, renungan buat diri sendiri dan kawan- kawan yang PJJ...hargai setiap masa yang ada ketika bersama dan ada hikmah di atas setiap kejadian...dan hidup akan jadi mudah jika kita pandai bersyukur.

 "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
 (Surah Al Insyiraah: 5-6)

Sunday, 10 February 2013

1st Attempt

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas kehidupan indah ini kerana dilahirkan sebagai seorang wanita..disebabkan hati wanita ni la tiba- tiba terlintas di hati ini nak create blog sendiri...hehe...macam- macam benda rasa nak dicoretkan dan diluahkan especially time preggy ni..rasa perlu ada catatan segala memori indah time preggy (mode excited untuk jadi mama..hehehe). Biar memori indah ini diabadikan daripada dibiarkan luput dalam kotak fikiran.

Mana tau satu hari nanti,catatan ni berguna buat anak- anak saya (cewahhh...mcm la ada ramai anak, bru je nak dapat seorang baby) di kemudian hari..To my hubby, keep supporting me ye..to be a good daughter to my mom, to be your precise and lovely wife of yours and to be adorable mama to our children...:)

So, stop dulu dekat sini ya.takut nanti merepek macam- macam lagi....akan bersambung untuk ceritera seterusnya...daaa...

hidup mesti ceria...