Wednesday, 27 March 2013

Shopping Barangan Baby

Salam...
Dah lama tak menulis kat blog ni..dh bersawang, berhabuk bagai kot.Actually banyak benda nk dikongsi, tapi masa x mengizinkan.

Entry kali ni I nk share pasal persediaan awal keperluan barangan baby.Alhamdulillah..Alhamdulillah setakat ni rasanya dah 100% kot persiapan dah dibuat untuk menyambut baby tercinta..rasa teruja, excited sangat..

Hubby & I betul2 buat preparation means beli barang2 sume masa baby 28 weeks..pada 08/02/2013 kitorg (hubby, me, my mom & adik aqil) p shopping barang baby kat Queensbay Mall.Bukan alang2 tu kan p shopping brg baby..Actually time ni kami dah tau jantina baby..sebab dah pi buat 3D scan..hehe..so, semanagt la membeli.

Orang yang paling excited skali shopping time tu, I rasa En.Hubby + mak..Diorang la yang beriya2 pilih itu ini. I plak masa ni agak penat nak berjalan + berdiri lama- lama.Tapi masih bersemangat waja bila bab2 shopping ni..

Ni list barang- barang asas yang ktorg beli:

1. baju  (b'lengan panjang & pendek) -13 helai
2. Seluar - 13 helai
3. mitten & booties - 10 helai
4. kain napkin - 6 helai
5. bedak
6. syampu 
7. pampers
8. selimut 
9. towel baby
10. beg baby -1 (ni utk bawak p hospital ye)


So, nanti next entry..I share plak barang2 keperluan yang perlu di bawa ke hospital ye (brg2 ni perlu sentiasa dibawa bila dah masuk 32 weeks).



Saturday, 16 March 2013

Set Cadar Baby


HoMeMade SeT CaDaR BabY


Taraaaa.....projek kali ni berhasil...hehe..entry lepas pasal projek beli kain untuk cadar + menjahit cadar kan. So, ni la hasil dia..Homemade set cadar bayi untuk bakal buah hatiku...ermmsss...excited yang tersangat bila dh siap jahit cadar ni..


Ni kombinasi idea sue sendiri dengan my lovely mak..main idea dari I la, then mak tambah2 sket, pastu mak yang tolong jahitkan.I cuma lekatkan jarum2 je...hehe..xsempat nk jahit sendiri, sebab mak lagi excited nak bagi siap.bila balik kerja alih2 dah siap set cadar ni.


Ada sapa2 nk tempah ke? hehe...homemade ni.kain pun berkualiti...:)

Nanti sue post pasal entry lain plak ye..preparation for my baby..weeee....




Set cadar untuk my little baby...:)

Tuesday, 5 March 2013

Peti Ais Untuk Mak

Assalamualaikum semua...
Dah lama tak menulis kt blog ni. Syukur Alhamdulillah, bila balik kerja hari ni mak senyum lebar je..Nak tau dak kenapa??? hehehe...Surprise untuk mak berjaya...

Semalam beriya kami berdua (hubby & me) survey fridge / peti ais baru untuk mak.Kedai mula- mula kami masuk kedai Samsung dealer area Taman Selasih Kulim, not bad jugak harga dia (range dalam RM900- Rm1500). Tapi my hubby tak puas hati sebab, yang paling murah peti ais brand Electrolux dalam RM 989.

So, kami ke kedai lain plak juz dekat- dekat dengan kedai tadi.Kedai ni nama apa ntah..lupa plak nama kedai dia. Harga peti ais kat kedai ni mahal la plak..pasti budak sale dia xpandai nak promote barang. End up kami keluar pi cari kedai lain.

Terus je kami ke Kedai Wah Lee dekat pekan Kulim.hmmm...banyak pilihan, harga pun menarik..peti ais kat sini mcm besar lagi liter dia.Belek punya belek, kami pilih peti ais Samsung 320L..Budak sale tu cakap energy saving & mcm2 lgi la dia promote.Harga asal RM1399, tapi dia bagi diskaun sampai RM 1099..best kan diskaun dia..:)

Ni la sebab dia kenapa mak hepi & senyum lebar...semangat dah isi sikit barang dalam peti ais.Tapi sempat lagi komen peti ais ni besar sangat..hehe..biasa la mak, kalau dapat benda baru mesti komen dulu..tapi dalam hati hepi je kan mak...hikhik

In Sha Allah..kalau adik ada duit lebih lagi...ada la lagi hadiah untuk mak ye..Ni kira in advanced la hadiah untuk besday mak (besday mak 24/3 ni).Doakan anak- anak mak ni murah rezeki ye...


Sunday, 24 February 2013

Edisi Menjahit Cadar Baby

Entry kali ni pasal set cadar baby..another preparation for my little caliph.Actually kain untuk cadar ni dah lama beli, lebih kurang dlm 2 minggu lepas.Pi beli dengan En.Hubby la dekat kamdar masa dia balik bercuti 9 hari tu.penat jugak nak pilih kain untuk buat cadar baby ni.hampir 2 jam kot dalam Kamdar Bkt Mertajam..Pilih punya pilih, warna biru + kain jalur- jalur jadi pilihan hati..:) Yang excitednya bila belajar potong dasar nak buat cadar,then baru potong kain untuk cadar tu. Ni mak yang ajar (sifu dalam bab jahit menjahit sbb dulu mak ambik upah menjahit ). Before buat dasar tu bermacam- macam idea la keluar untuk buat pattern yang cantik (nk tgk hasilnya kena tunggu next entry ye)..hehehe Masa dok tengah potong kain ni, mula la berangan nak ambik upah menjahit set cadar baby (custom made)..hehe..sebab rasa macam senang je kan.Nnt kalau ada yang nak tempah boleh la ye..tpi kena tunggu lepas I bersalin la..ahaksss..sebab ni homemade lagi tu..(tapi ada ke yang nk tempah) Proses- proses membuat dasar,reka design cadar..last skali gunting kain untuk jadikan set cadar yang cantik..:). So, tggu bila free plak baru la sambung jahit cadar ni..

Monday, 11 February 2013

9 HARI YANG BAHAGIA

Sayu hati ni saat melambaikan tangan perpisahan buat hubby tercinta..Setelah 9 hari kemana- mana pun ditemani en.hubby..harini dh keseorangan.En.hubby start oustation daripada 3/2- 11/2 di kawasan Seberang Prai Tengah & Utara (+ dengan bercuti sekali la), so dikesempatan ni la kami ada peluang stay bersama- sama. Lagipun sepanjang aku mengandung ni, belum pernah lagi kami habiskan masa bersama dengan bercuti panjang...

Dalam masa 9 hari ni la banyak aktiviti yang kami lakukan...salah satunya pi shopping barang- barang baby.Gara- gara banyak sangat berjalan- jalan, spai sakit kaki..terus jalan pun semput & terhenjut- henjut.Untung masa ni En. Hubby ada, dia jugak la yang jadi tukang urut...hehehe...

Bagi orang- orang yang PJJ macam kami ni, setiap masa tu amat berharga.kalau boleh nak berkepit 24 jam...rasa bahagia sangat dan susah nak diluahkan dengan kata- kata..Mungkin itu lah kemanisan PJJ dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui asbabnya...:)

Jadi, renungan buat diri sendiri dan kawan- kawan yang PJJ...hargai setiap masa yang ada ketika bersama dan ada hikmah di atas setiap kejadian...dan hidup akan jadi mudah jika kita pandai bersyukur.

 "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
 (Surah Al Insyiraah: 5-6)

Sunday, 10 February 2013

1st Attempt

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas kehidupan indah ini kerana dilahirkan sebagai seorang wanita..disebabkan hati wanita ni la tiba- tiba terlintas di hati ini nak create blog sendiri...hehe...macam- macam benda rasa nak dicoretkan dan diluahkan especially time preggy ni..rasa perlu ada catatan segala memori indah time preggy (mode excited untuk jadi mama..hehehe). Biar memori indah ini diabadikan daripada dibiarkan luput dalam kotak fikiran.

Mana tau satu hari nanti,catatan ni berguna buat anak- anak saya (cewahhh...mcm la ada ramai anak, bru je nak dapat seorang baby) di kemudian hari..To my hubby, keep supporting me ye..to be a good daughter to my mom, to be your precise and lovely wife of yours and to be adorable mama to our children...:)

So, stop dulu dekat sini ya.takut nanti merepek macam- macam lagi....akan bersambung untuk ceritera seterusnya...daaa...

hidup mesti ceria...